Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 5)

TEMA :

Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis  yang akan melanjutkan pelajaran  di  Institut Pengajian Tinggi

PERSOALAN

Perbezaan kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara gading Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana.  Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar.  Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti
Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya.  Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri.  Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada  masa  hadapan.
Kehidupan di kampus yang  banyak cabaran Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif  juga tersebar luas di sana.  Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.
Kemampu mengharungi kehidupan yang  sukar.

Harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran

Penyajak  menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.

Leave a comment