Watak dan Perwatakan (Cerpen Tingkatan 4)

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul : Watak dan Perwatakan (Cerpen Tingkatan 4)

Watak dan Perwatakan

Watak utama – Mas.

Watak sampingan – lelaki Turki, Shahmeem, Mevlana Celaleddin Ar-Rumi, dan Nasreddin Hodja.

.

Penulis / Mas

Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki.

Seorang yang berpendidikan tinggi.

Seorang yang bijak merancang perbelanjaan.

Dia gemar membaca buku dan bahan bacaan terutama hasil penulis ternama.

Seorang yang baik hati dan pemurah.

Seorang yang berhemah tinggi.

Seorang yang penyabar.

Dia gemar melancong atau mengembara.

Dia seorang yang berpendirian teguh.

Dia mencintai hidupan liar.

Dia bijak menjaga keselamatan diri.

.

Pekedai lelaki berbangsa Turki

Peniaga di Grand Bazaar, Istanbul.

Seorang yang peramah.

Seorang yang pandai berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan.

Seorang yang tidak beretika ketika berniaga.

.

Kak Chah

Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki.

Bijak dalam urusan tawar-menawar harga barangan.

Bersikap berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara.

Prihatin akan keperluan orang lain.

Teliti semasa berbelanja.

.

Shahmeem

Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki.

Bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Baik hati dan bertimbang rasa.

Menghargai jasa orang lain.

Gopoh dan kurang berhati-hati ketika berbelanja.

Leave a comment